Monday, December 29, 2008

Duka Seorang Pujangga

Tanggal 06 october 2008, aku ada temujanji dengan Doktor Pakar Pathalogi. Sepanjang masa menunggu Doktor,fikiran aku tak keruan. Perasaan aku bercampur baur…tapi yang paling ketara perasaan takut yang teramat sangat…takut akan berita yang akan Doktor khabarkan kat aku…tapi aku buat cool je…buat muka tenang…tapi hanya ALLAH sahaja yang tau bagaimana perasaan aku ketika itu…selepas lebih sejam aku menunggu diruang legar hospital, jururawat keluar, “En. Irzarul sila masuk,doctor sedang tunggu encik”…ketika itu jantung aku terhenti seketika…terhenti seketika bila terfikir akan satu kebenaran akan aku ketahui seketika lagi…

“Bilik mana nurse?”,” Encik jalan terus, bilik yang kedua paling hujung”...aku hanya lempar kan senyuman paling manis yang aku boleh buat ketika itu kearah nurse yang aku rasa dalam lingkunga 4o-an. Aku terus melangkah kearah bilik yang dimaksudkan oleh nurse tadi. Aku ketuk pintu setibanya aku didepan pintu. Terpampang nama doctor tersebut di pintu.”Doktor Pakar bertugas-Dr. Rozilla”. “Alamak,Dr. perempuan ker??...hahah..aku tergelak dalam ketakutan seketika…

“Morning Doktor”..aku lemparkan senyuman…”Morning Mr. Irzarul,silakan duduk”, jemput Dr. Rozilla..Aku terus melabuhkan punggung aku diatas kerusi yang aku rasakan kurang keempunkkannya atau itu semua perasaan aku sahaja.

“Tujuan saya panggil En. Irzarul hari ni adalah berkaitan blood test result encik. Kami mendapati encik mengidap BARAH DARAH. I’m so sorry to tell you….”. Aku hanya mampu memandang tetap ke anak mata Dr.Rozilla yang sedikit coklat. Aku tak mampu untuk berkata-kata buat seketika…aku kaku,lidah kelu,otak melayang…aku rasakan kan diriku ketika itu seperti sebatang lalang yang ditiup angin kemana sahaja tanpa ada perasaan untuk melawan atau memberontak….kosong….kosong…kosong…

Setelah lebih sejam aku berdiskusi dan sesi motivasi bersama Dr. Rozilla selesai,aku keluar dari Hospital UKM. Sekali lagi aku terkelu dan terkaku di kaki tangga hospital. Aku terus terpikir apa dosa yang aku telah laku kan sehingga mendapat ujian yang begitu kuat. Tapi aku katakana pada diri sendiri,aku akan terima ujian ni seadanya..aku redha dengan ujian Allah. Akan aku harungi idup ini seadanya. Aku pernah terdengar atau terbaca satu ungkapan “Allah tak akan menguji hamba-Nya sekira hamba nye itu tidak mampu menangani nye”. Rasanya lebih kurang macam tu lah…aku pun tak pasti..Ungkapan ini yang memberi aku semangat untuk hidup dan hidup dan hidup. Aku tak akan mengalah dengan penyakit aku ini..aku berhasrat untuk tidak meninggal dunia disebabkan oleh penyakit ini…tapi aku rasa, itu semua mustahil, tapi aku pegang hasrat aku itu untuk jadikan ianya reality dan bukan hanya satu hasrat kosong.

Bohong lah kalau aku katakan yang aku tak akan fikirkan benda ni. Benda ni aku rasa akan berada diatas kepala otak aku selama seminggu atau dua. Aku tak tau macam mana hendak bagitau keluarga aku yang berada di kampong. Aku mesti akan sebak nanti apabila mak telefon dari kampong. Apa yang aku nak cakap kalau dia tanya khabar anak dia yang berada diperantauan orang. “Irza sihat ker??”. Soalan yang akan selalu mak aku tanya kan kepada aku pabila aku telefon mak dikampung. Soalan ini akan menjadi satu soalan yang sukar untuk aku jawabkan. Aku rasa bersalah untuk menipu mak,dah aku juga rasa takut kalau aku ceritakan kebenaran yang sebenarnya aku ni pengidap barah darah. Aku tak sanggup melihat mak aku risau atau mengeluarkan air mata disebabkan oleh aku. Aku tak sanggup untuk melihat semua itu.

Entah lah,aku pun tidak tahu hendak buat apa dah. Tapi yang pasti aku akan cuba untuk melambatkan pembiakan barah ini didalam darah aku. Aku berjanji untuk hidup lebih lama. Aku berharap aku akan meninggal selepas mak aku meninggal dunia. Aku tak sanggup untuk bayangkan keadaan mak aku apabila aku tiada nanti….amin….

No comments: