Wednesday, December 31, 2008

new year resolution

New year….tahun baru…kenapa kita rasa teruja bila tiba tahun baru??sebab ada bonus,naik gaji???mayb jugak la one of the reason kita suka new year ni..aku jugak salah sorg dari golongan yg suka dengan new year ni..gaji naik,dapat bonus…wawawawa…..every year aku akan ke luar untuk celebrate new year…tahun ni,aku rasa macam tak de mood plak…sebelum ni aku ada post blog pasal anak aku baru meninggal..mayb sbb itu aku tak de mood kot…plan nak dok umah jer, layan DVD sebanyak yang mungkin sambil makan coklate…aku rasa itu dah cukup kot…best gak..ajak orang yang tersayang dating umah,lepak kat umah jer….makan coklate…hahahah…

AZAM….bercakap pasl azam tok tahu baru ni…errmmmm…byk ni…hahha…pertama sekali aku nak further study…ambik second degree aku tok melayak kan aku menjadi arkitek yang berdaftar ngan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)…skarang ni aku macam arkitek yang tak dikenali..hahah…1st degree aku ni tak cukup…hahahah…sedih kan…belajar bagai nak rak,tapi tak leh nak daftar ngan LAM…tapi aku seronok jadi arkitek…walaupun arkitek ni bukan cita2 aku dari kecik…tapi aku jenis yang layan and strive for the best…bukan nak belagak, aku top 4 designer tok batch aku and aku graduated top 8 tok keseluruhan…..aku rasa bangga lah jugak sbb aku memang tak minat tok jadi arkitek ni…hahahah….macam poyo je kan…hahah…tak pe lah….biar lah….hahahahahahhahaha…..

Aku rasa tu je lah benda and azam aku tahun depan…arap2 aku dapat tempat kat mana2 U kat Malaysia..sedih gak ah tahun ni plan mmg nak g further study kat UK…tapi keadaan tak mengizinkan…tapi aku tak mudah nak putus asa….hahaha….

Oklah lah malas dah nak menaip ni..tgh berkabung tok anak buah aku..AL-FATIHAH…

P/S: hasil keje aku time study dulu..Bachelor of Design (Architecture)







Monday, December 29, 2008

YEAR END 2008!!!

Tinggal satu hari je lagi nak tahun baru..tahun 2009…aku still tak tau nak buat apa..azam baru pun tak terfikir plak…perasaan aku bercampur baur..suka duka tahun 2008 banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar…alhamdulliah,azam aku tahun 2008 hampir semua tercapai….just niat aku nak further study kat UK terbantut…bukan sebab aku tak berusaha tok dapat kan,tapi keadaan aku yang tak mengizinkan…

Dalam org nak bergembira menjelang tahun baru,family aku ditimpa musibah….anak bingsu cousin aku meninggal pagi tadi..baru 4 bulan…aku tak penah cium lagi baby tu…mmg sedih bila piker balik..aku kesian ngan cousin aku tu…aku rapat ngan dia..tapi nak buat macam mana,bukan rezeki dia tok jagi baby tu…

Apa pun,mari kita sedekahkan AL-Fatihah untuk anak buah aku ni…AL-FATIHAH.

Duka Seorang Pujangga

Tanggal 06 october 2008, aku ada temujanji dengan Doktor Pakar Pathalogi. Sepanjang masa menunggu Doktor,fikiran aku tak keruan. Perasaan aku bercampur baur…tapi yang paling ketara perasaan takut yang teramat sangat…takut akan berita yang akan Doktor khabarkan kat aku…tapi aku buat cool je…buat muka tenang…tapi hanya ALLAH sahaja yang tau bagaimana perasaan aku ketika itu…selepas lebih sejam aku menunggu diruang legar hospital, jururawat keluar, “En. Irzarul sila masuk,doctor sedang tunggu encik”…ketika itu jantung aku terhenti seketika…terhenti seketika bila terfikir akan satu kebenaran akan aku ketahui seketika lagi…

“Bilik mana nurse?”,” Encik jalan terus, bilik yang kedua paling hujung”...aku hanya lempar kan senyuman paling manis yang aku boleh buat ketika itu kearah nurse yang aku rasa dalam lingkunga 4o-an. Aku terus melangkah kearah bilik yang dimaksudkan oleh nurse tadi. Aku ketuk pintu setibanya aku didepan pintu. Terpampang nama doctor tersebut di pintu.”Doktor Pakar bertugas-Dr. Rozilla”. “Alamak,Dr. perempuan ker??...hahah..aku tergelak dalam ketakutan seketika…

“Morning Doktor”..aku lemparkan senyuman…”Morning Mr. Irzarul,silakan duduk”, jemput Dr. Rozilla..Aku terus melabuhkan punggung aku diatas kerusi yang aku rasakan kurang keempunkkannya atau itu semua perasaan aku sahaja.

“Tujuan saya panggil En. Irzarul hari ni adalah berkaitan blood test result encik. Kami mendapati encik mengidap BARAH DARAH. I’m so sorry to tell you….”. Aku hanya mampu memandang tetap ke anak mata Dr.Rozilla yang sedikit coklat. Aku tak mampu untuk berkata-kata buat seketika…aku kaku,lidah kelu,otak melayang…aku rasakan kan diriku ketika itu seperti sebatang lalang yang ditiup angin kemana sahaja tanpa ada perasaan untuk melawan atau memberontak….kosong….kosong…kosong…

Setelah lebih sejam aku berdiskusi dan sesi motivasi bersama Dr. Rozilla selesai,aku keluar dari Hospital UKM. Sekali lagi aku terkelu dan terkaku di kaki tangga hospital. Aku terus terpikir apa dosa yang aku telah laku kan sehingga mendapat ujian yang begitu kuat. Tapi aku katakana pada diri sendiri,aku akan terima ujian ni seadanya..aku redha dengan ujian Allah. Akan aku harungi idup ini seadanya. Aku pernah terdengar atau terbaca satu ungkapan “Allah tak akan menguji hamba-Nya sekira hamba nye itu tidak mampu menangani nye”. Rasanya lebih kurang macam tu lah…aku pun tak pasti..Ungkapan ini yang memberi aku semangat untuk hidup dan hidup dan hidup. Aku tak akan mengalah dengan penyakit aku ini..aku berhasrat untuk tidak meninggal dunia disebabkan oleh penyakit ini…tapi aku rasa, itu semua mustahil, tapi aku pegang hasrat aku itu untuk jadikan ianya reality dan bukan hanya satu hasrat kosong.

Bohong lah kalau aku katakan yang aku tak akan fikirkan benda ni. Benda ni aku rasa akan berada diatas kepala otak aku selama seminggu atau dua. Aku tak tau macam mana hendak bagitau keluarga aku yang berada di kampong. Aku mesti akan sebak nanti apabila mak telefon dari kampong. Apa yang aku nak cakap kalau dia tanya khabar anak dia yang berada diperantauan orang. “Irza sihat ker??”. Soalan yang akan selalu mak aku tanya kan kepada aku pabila aku telefon mak dikampung. Soalan ini akan menjadi satu soalan yang sukar untuk aku jawabkan. Aku rasa bersalah untuk menipu mak,dah aku juga rasa takut kalau aku ceritakan kebenaran yang sebenarnya aku ni pengidap barah darah. Aku tak sanggup melihat mak aku risau atau mengeluarkan air mata disebabkan oleh aku. Aku tak sanggup untuk melihat semua itu.

Entah lah,aku pun tidak tahu hendak buat apa dah. Tapi yang pasti aku akan cuba untuk melambatkan pembiakan barah ini didalam darah aku. Aku berjanji untuk hidup lebih lama. Aku berharap aku akan meninggal selepas mak aku meninggal dunia. Aku tak sanggup untuk bayangkan keadaan mak aku apabila aku tiada nanti….amin….

Sunday, October 26, 2008

Assalamualikum…

Dah lama aku tak memblogkan diri kat sini kan…huhuu….ari ni 20 july 2008,kol 3.25 am…aku still tak leh tdo lagi..mayb petang tadi aku dah banyak tdo…aku rasa macam berapa jam je aku berjaga. Selain nye aku tdo..terbongkang atas tilam..hahah…tak tau nak buat apa…bosan…ajak Diba tgk wayang,dia dah kuar ngan cousin dia…aku ajak plak saris g tgk wayang,dia plak tgh lam wayang tgk BATMAN…aduh!!!sentap sangat2…aku tak tau nak ajak sapa dah..jawapan nye aku tdo lah balik..hahah…smpai ke maghrib aku tdo..makan pun dok….

Lepas mandi semua aku bersiap nak g makan…..makan sorg2 plak tu…org yg selalu teman aku tak de kat kl skarang ni…terpaksa lah makan sorg2..heheh…..rasa pelik gak la makan sorg2 ni…hahahha…selalu ada org teman…bercakap tentang org yg selalu teman aku makan ni,dialah kekasih hati aku selama ni…dah hamper setahun aku couple ngan dia..17/09/08 ni genap setahun kitaorg couple…dialah segalanya buat diri aku...aku dah tak nak org lain…aku tak tau knp aku boleh mengeluarkan statement macam tu..tapi itu lah kenyataannya…

Dah 3 ari dia tak de kat Kl…ari ni dia balik la…tak sabar rasanye nak jumpa dia…selama 3 ari ni aku rasa sunyi sgt…3 ari jugak lah aku makan sorg2…rindu yang teramat sgt..smapi aku rasa cam nak buat blog ni..blog ni ditujukan khas tok dia..aku rindu dia bila tak de org nak tegur aku bila aku bercakap tak henti,aku rindu kat org yang selalu tampar pipi aku,tak de org nak geletik aku sampai aku semput,sampai kuar air mata gelak,aku rindu nak tgk dia tgh tdo…aku rindu semua tu….3 ari ni aku sunyi sgat….just bertemankan rindu aku kat dia jer….

Lagu "Kaulah Segalanya-Hazrul Nizam dan Kaulah segalanya-Ruth sahanaya" sentiasa mengingatkan aku kat dia…setiap kali aku dengar lagu tu kat ipod aku (ipod yg dia kasi kat aku) aku akan ingat kan dia…dia lah segalanya buat aku.…sekarang ni pun aku tgh dengar lagu tu sambil buat blog ni…..dia lah seorang insan yg berjaya mengubah cara hidup aku sebelum ni….seorg yang berjaya mengubah aku jadi manusia yang lebih bertanggungjawab terhadap segala nye….seorang yg mengubah aku menjadi lebih penyabar…menghormati masa….terlalu banyak perubah yang berlaku terhadap aku sepanjang aku bercouple dgn dia…yang lebih penting,dia telah mengubah aku menjadi lebih matang dari usia ku…bagi meraka yang tidak mengenali dia,mungkin tidak akan melakukan apa yang telah aku lakukan sekarang ni…aku bangga menjadi kekasih dia…walaupun bukan aku yang pertama di dalam hidup dia…aku cukup berterima kasih kat dia kerana sanggup terima aku…

Aku terima and sayang dia seadanya…bila dia tgh marah,aku tau apa nak buat, bila dia kata penat,aku tau apa nak buat..aku terima dia seadanya…aku tak kesah apa org nak kata apa…aku tau budi pekerti dia…aku berharap sgt hubungan aku dengan dia kekal lama…aku dah berjanji ngan diri aku sendiri tok mempertahan hubungan ni semampu aku….sbb aku tak sanggup kehilangan dia…3 ari dia tinggal kan aku pun aku dah jadi macam ni…bagaimana keadaan aku klu dia dah tak de lam idup aku..aku tak leh bayangkan….aku tak leh bayangkan idup aku tanpa dia ada disisi aku…sapa nak suh aku stop klu aku bercakap banyak nnt…aku tak sanggup tok tempuh idup ini sendirian…aku tak sanggup…aku rindu sangat kat dia ni…rindu yang teramat sangat…

Sekali lagi aku nak ucap terima kasih kat kerana sanggup terima ku…aku tak berharta,aku tak de pape yang boleh dia banggakan,aku hidup merantau di negeri org,aku tak ada sesiapa di kuala lumpur ni kecuali dia…aku hanya ada segulung ijazah yang aku guna pakai tok mengubah cara hidup aku dengan dia…aku berjanji aku akan cuba untuk memberi dia apa sahaja yang dia mahukan….aku akan berusaha untuk dia…aku just harap dia bersabar tok menanti hari itu nanti…macam dah panjang aku cerita kan ni…

Untuk sayang ku…"Yang,I nak ucapkan terima kasih akt u sebab sanggup menempuh hidup ini bersama i…I tau I tak de pape untuk u banggakan,tapi percayalah I akan mengubah keadaan tu…I arap u bersabar…I rindu sangat kat u ni…cepat balik kl yer yang…I saying sangat kat u,u tak de ni I rasa macam tak selesa dok kat umah…tak de org nak temankan i…tak de org nak kacau I tgk tv..i buat blog ni tok member penghargaan kat atas pengorbanan yang u dah buat kat..i tak de benda nak kasi…apa yang mampu I kasi just kasih sayang and perhatian tok u seorang..perhatian seorang kekasih dan sebagai seorang kawan…I love u so much sayang…tak ada dua nye…setiap saat,setiap minit I teringat kat u…u complete me….u complete my life..u my everthing…I love u so much dear…I tak akn sia sia kan segala pengorbanan yang u and I buat selama ni…penat lelah kita bersama….satu kenangan yang I tak leh lupakan…..u sanggup mandi kan time I tgh demam panas yang teruk….i betul2 tersentuh dengan perbuatan u tu….klu org lain I tak tau sanggup ke tak tok buat benda tu kat i….i love u so much…muahhhhhhhhhh".

Sebelum aku tamat kan blog ni,aku kali lirik lagu ni kat korang yer…hehehe…

Kaulah Segalanya-Hazrul Nizam(syahwal version)

Kau merubah segala
Cinta yang ku dahaga
Kehadiran dirimu
Menyinari mekar semua hatiku

kau lukis hidupku
kau hias hatiku
kau sambut cintaku
tulus ikhlas
suci hatimu kasih......

Kaulah segalanya
Yang menyinari hidupku kasih
Hanya satunya
Yang kucintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisi ku
cintaku padamu
ikhlas sejati

hulur tanganmu kasih
sambut cintaku
jangan tinggalkan daku
seorang diri
tak sanggup lagi dilukai

wooo....wooo...

Maafkan daku
Jika salahku
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu betapa pahit mu
menerima sejarah hidupku oh..

Kaulah segalanya
Yang menyinari hidupku kasih
Hanya satunya
Yang kucintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu
Ikhlas sejati

Cintaku padamu
Ikhlas sejati.....





Kaulah Segalanya-Ruth Sahanaya (Hady Mirza version)