Thursday, January 1, 2009

Duka Seorang Pujangga_Chapter 2

Chapter 2.

Terpancar cahaya matahari menenbusi langsir bilik ku…aku pandang jam diatas meja menunjukkan pukul 8 pagi. Aku masih liat untuk bangun. Semalam aku tidak dapat tido dengan lena. Segala-galanya berpunca dari khabaran yang aku terima dari Dr. Rozilla semalam. Aku merasa lesu sekali untuk mengangkat tubuhku dari katil. Malas yang teramat sangat. Nasib hari ini aku memang minta cuti. Kakau tak, mesti aku dah jadi macam ekor cicak yang terputus kelam-kabutnya…hahahaha…tiba-tiba aku tergelak sendiri.

Aku gigih kan juga untuk bangun, sebab perut aku berbunyi. Semalaman perut aku tidah diisikan dengan apa-apa pun makanan. Aku gigihkan jua untuk sampai ke dapur. Aku cuit sedikit roti yang berada diatas meja di dapur. Fikiran aku masih tidak tahu mana arah untuk difikirkan. Aku ke singki untuk membasuh muka. “Mungkin aku mamai lagi ni,tu yang tak tau nak fikir apa”, aku bermonolog sendiri…

Aku terus berlalu ke runag hadapan rumah aku. Terpampar satu taman kecik dihadapan rumah aku. Taman yang aku reka sendiri. Tenang fikiran aku bila melihat anak ikan koi didalam kolam kecil disebalik beberapa pokok palm yang menghalang cahaya masuk terus ke ruang tamu rumah aku…satu-satu nya tempat yang boleh memberi aku ketenangan buat masa ni…

“Apa aku nak buat ari ni ek?....bosan lah plak dok umah sorang-sorang”…aku menyoal diri aku sendiri. “ Nak pergi tengok wayang lah”..aku pun terus berlalu dari taman terus ke tingkat atas untuk menyiapkan diri sepatutnya. Aku capai tuala yang berada disebalik pintu bilik air dan terus mandi. Aku pandang tepat ke muka aku di dalam cermin. Misai dan jambang aku sedikit serabut. Aku keluarkan form shaver dan sapu kan ke muka. “Aku tak kan mengalah dengan semua ni…caayook!!...hahahahah..”..tiba-tiba aku angkat tangan seperti seorang yang baru memenangi sesuatu….aku tergelak sendiri.

Aku lihat sekali lagi muka aku didalam cermin…kacak jugak aku ni sebenarnya…betul kata orang, bila kita berada didalam bilik air, kita akan hilang kawalan….kita akan melalak dengan kuat nye, kita akan membuat aksi yang kita tak akan buat dihadapn orang lain…berangan satu hal didalam bilik air…seronok juga bila hilang kawalan macam tu.

Aku keluar bilik air sambil menyanyikan lagu Jason Mraz, Im Yours. Aku terus ke laptop aku untuk membuat tempahan tiket. Skarang dah zaman model, semua berada dihujung jari anda. Aku membuat tempahan tiket untuk cerita Batman The Dark Night. Aku tak tahu nak tengok cerita apa. Janji masa aku diisikan. Ini ada lah sesuatu langkah yang baik sebenarnya untuk aku melupakan sebentar penyakit aku ni…aku sarungkan seluar jeans Levi’s dan baju putih Calvin klein yang aku baru belikan dua hari lepas. Aku memang jenis yang lambat untuk bersiap. Banyak sangat yang hendak diuruskan. Paling lama rambut. Tiba-tiba aku teringat kata Dr. Rozilla semalam. Rambut aku akan mula gugur apabila barah didalam darah aku merebak dengan banyak. Aku terus berasa sayu di hadapan cermin. Tanpa disedari air mataku menitis. Aku kesat air mata aku dengan tangan. Aku termenung didepan cermin. Aku tidak boleh berterusan seperti ini. Aku menangis,termenung tidak akan dapat memberi kesihatan aku kembali. Aku kene terima dengan seadanya. Aku seharusnye menjalani kehidupan aku seperti biasa, hanya perlu selitkan sesi kimoterapi yang kan aku buat 3 kali seminggu.

Setelah segalanye selesai,aku capai kunci rumah dah kunci kereta aku yang berada diatas meja diruang tamu rumah dan terus berlalu ke kereta aku. Kekasih kedua aku selepas Ira. Sharifah Irashah. Ira tidak tahu lagi keadaan aku. Ira sedang menduduki tahun akhir di University Cardiff,UK dalam bidang senibina. Aku tidak tahu bagaimana cara yang paling bagus untuk memberitahu Ira. Suatu ketika nanti akan aku jelaskan kepada Ira setibanya dia di Kuala Lumpur 4 bulan lagi.

Aku hidupkan engin kereta Suzuki Swift aku dan berlalu pergi meninggalkan rumah. Lagu Jason Mraz, ONLY HUMAN berkumandang dicorong pembesar suara kereta ku. Aku memandu terus ke Parvilion.

No comments: